PBT

Petanque Piala YDP MDKS tawar hadiah lumayan

11 Jul 2018, 4:28 AM
Petanque Piala YDP MDKS tawar hadiah lumayan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 11 JULAI: Lebih RM10,000 hadiah ditawarkan pada Kejohanan Petanque Piala Yang Dipertua 2018 Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Kejohanan terbuka itu bakal berlangsung selama dua hari, pada 21 dan 22 Julai ini seawal jam 8 pagi, di Arena Petanque MDKS.

Yuran penyertaan bagi kategori lelaki adalah RM100 manakala RM70 pula bagi kategori wanita.

Menariknya, hadiah ditawarkan bagi kategori lelaki "double" untuk Johan ialah RM3,000; naib johan (RM1,800); ketiga (RM1,000) dan keempat (RM500).

Selain itu, tempat kelima hingga kelapan masing-masing bakal membawa pulang RM200 dan tempat ke sembilan hingga 16 akan menerima RM100.

Manakala, bagi kategori wanita "double", johan bakal membawa pulang RM1,800; naib johan (RM1,000); ketiga (RM700) dan keempat (RM450).

Bagi tempat kelima hingga ke lapan pula masing-masing akan menerima RM150.

Difahamkan, setiap pemenang turut akan menerima medal dan sijil.

Kepada mereka yang berminat boleh menghubungi Amirul Mukminin di talian 0172345242 atau Muhammad Izral, 0176687562.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619