AGENDA

Pengurus ejen insurans rugi hampir RM700,000 angkara pelaburan tidak wujud

26 Mei 2025, 3:40 AM
Pengurus ejen insurans rugi hampir RM700,000 angkara pelaburan tidak wujud

KUANTAN, 26 MEI: Pengurus ejen insurans kerugian RM695,000 akibat terperdaya skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di laman Facebook, bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata mangsa wanita berusia 60 tahun itu pada mulanya diminta memuat naik satu aplikasi dan mendaftar menggunakan maklumat peribadi sebelum membuat pelaburan pertama RM5,000.

“Mangsa seterusnya menerima keuntungan awal RM900 dan mula menambah pelaburan dengan melakukan 22 transaksi berjumlah RM695,000 ke pelbagai akaun bank menggunakan wang simpanan peribadi dan pinjaman daripada rakan.

“Bagaimanapun, apabila mangsa cuba mengeluarkan semua modal dan keuntungan pada Jumaat lepas dia tidak dapat berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata mangsa merasa curiga dan mengesyaki dirinya ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619