AGENDA

Pengarah, pengurus syarikat rugi lebih RM2.3 juta jadi mangsa penipuan

16 Jan 2025, 3:26 PM
Pengarah, pengurus syarikat rugi lebih RM2.3 juta jadi mangsa penipuan

SHAH ALAM, 16 JAN: Polis menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian melibatkan kerugian lebih RM2.3 juta.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataan hari ini berkata bagi kes penipuan pembekalan produk kecantikan, mangsa yang merupakan pengarah syarikat tidak menerima sebarang bayaran bagi tempahan produk yang dibuat suspek sejak 2020, dan sehingga kini berjumlah lebih RM1.2 juta.

Beliau berkata suspek warga tempatan berusia 56 tahun itu berkenalan dengan mangsa pada 2010 sebelum membuat tempahan produk kecantikan pada 2020.

“Setelah penghantaran dibuat, suspek tidak membuat bayaran sehingga mengakibatkan kerugian, sebelum mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang,” katanya.

Hussein berkata kes penipuan pelaburan tidak wujud pula melibatkan seorang pengurus syarikat swasta berusia 54 tahun yang terperdaya dengan iklan pelaburan yang dijumpai di Facebook.

Beliau berkata mangsa warga tempatan mengalami kerugian lebih RM1.1 juta setelah membuat 21 transaksi ke sembilan akaun bank berbeza.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619