BERITA UTAMA

Karnival Ceria Selangor hujung minggu ini, orang ramai dijemput hadir

20 Mei 2025, 8:14 AM
Karnival Ceria Selangor hujung minggu ini, orang ramai dijemput hadir

SHAH ALAM, 20 MEI: Orang ramai dijemput memeriahkan Karnival Ceria Selangor anjuran Kerajaan Negeri yang berlangsung pada 31 Mei ini di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang, bermula jam 7 pagi.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung  termasuk Larian Kasih Ibu sempena Kempen Menentang Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak.

Selain itu, acara lain yang ditawarkan ialah pertandingan mencipta wau untuk kanak-kanak, teater kesedaran tentang keganasan gender dan cabutan bertuah dengan hadiah lumayan.

"Turut diadakan ialah pelancaran inisiatif Khairat Darul Ehsan, program pendidikan dan hiburan untuk semua lapisan masyarakat serta pemberian beg sekolah kepada ahli TAWAS," katanya menerusi Facebook.

Karnival terbuka kepada orang awam dan masuk adalah percuma. Kuntuman ros istimewa untuk 500 peserta terawal dan kemeja-T percuma juga menanti 1,000 peserta terawal.

"Sama ada anda anak kecil, remaja, ibu muda, atau nenek hebat. Ini masa kita bersama melangkah penuh ceria dan kasih sayang! Ajak ibu, anak, jiran dan kawan.

"Kita meriahkan Karnival Ceria Selangor! Sambil berlari, sambil merai dan mengukuh hubungan keluarga," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619