BERITA UTAMA

Selangor sasar 30,000 kunjungi Festival Makanan Mega, 100 gerai saji aneka juadah

1 Mei 2025, 9:15 AM
Selangor sasar 30,000 kunjungi Festival Makanan Mega, 100 gerai saji aneka juadah
Selangor sasar 30,000 kunjungi Festival Makanan Mega, 100 gerai saji aneka juadah
Selangor sasar 30,000 kunjungi Festival Makanan Mega, 100 gerai saji aneka juadah

Oleh Muhammad Haziq Roshidi

SHAH ALAM, 1 MEI: Kerajaan Negeri menyasarkan kehadiran 30,000 pengunjung ke Festival Makanan Mega Selangor yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Menurut Dato’ Menteri Besar, festival yang menyediakan lebih 100 gerai makanan dari seluruh Selangor antara inisiatif negeri merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

“Kami mensasarkan 30,000 pengunjung dengan 100 gerai makanan dari seluruh Selangor sepanjang festival ini dijalankan.

"Cuti panjang bermula hari ini sehingga ahad diharap trend kedatangan pengunjung semakin meningkat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui selepas merasmikan Larian Hari Wanita Antarabangsa di lokasi sama.

[caption id="attachment_699242" align="aligncenter" width="809"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melepaskan peserta larian Hari Wanita Antarabangsa di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 1 Mei 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Tambah beliau, penganjuran festival bukan sahaja memeriahkan suasana tetapi turut mempamerkan kepelbagaian gaya hidup rakyat, selaras dengan semangat pelancongan komuniti.

Festival makanan ini juga membuka ruang kepada peniaga kecil untuk mempromosi produk masing-masing sambil menyertai Platform Selangor (PLATS), sebuah inisiatif pendigitalan perniagaan yang diperkenalkan Kerajaan Negeri.

Membuka tirainya hari ini hingga 4 Mei, festival berkenaan menawarkan pelbagai acara menarik lagi unik termasuk demonstrasi makanan dan persembahan malam kebudayaan.

Selepas penganjuran Festival Makanan Mega Selangor, TMS2025 bakal dirancakkan lagi melalui penganjuran Festival Kampung Baru menjelang Ogos bertujuan menonjolkan identiti Kampung Baru di seluruh negeri.

TMS2025 menawarkan lebih 60 program dan acara dengan promosinya memberi penekanan khusus kepada beberapa segmen termasuk ekopelancongan, agro, seni dan budaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619