BERITA UTAMA

Jelajah Jobcare di sembilan daerah bermula 19 April, tawar lebih 40,000 pekerjaan

9 Apr 2025, 2:00 AM
Jelajah Jobcare di sembilan daerah bermula 19 April, tawar lebih 40,000 pekerjaan
Jelajah Jobcare di sembilan daerah bermula 19 April, tawar lebih 40,000 pekerjaan
Jelajah Jobcare di sembilan daerah bermula 19 April, tawar lebih 40,000 pekerjaan

Oleh Anna Farina Abdul Rauf

SHAH ALAM, 9 APRIL: Jelajah JobCare Selangor di sembilan daerah bermula 19 April ini akan menawarkan lebih 40,000 peluang perkerjaan termasuk untuk orang kelainan upaya (OKU) dan bekas banduan.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata jelajah sembilan daerah itu menawarkan peluang kerjaya dalam pelbagai sektor antaranya perkhidmatan, pembuatan, pemasaran, kesihatan, pelancongan, hospitaliti dan pengangkutan.

[caption id="attachment_695664" align="alignleft" width="404"] EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu ketika sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Jelajah JobCare adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang," katanya dalam program Bicara Semasa terbitan Media Selangor.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya bercadang mengadakan program kesedaran di sekolah menengah bagi memberi pendedahan perkembangan kerjaya yang sesuai selepas tamat persekolahan.

"Program ini akan memberi pendedahan dan pilihan kepada pelajar tentang peluang pekerjaan pelbagai bidang termasuk kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) atau kemahiran," katanya

Mula dianjurkan pada 2022, Jelajah JobCare merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan dampak pascapandemik Covid-19.

Pada tahun 2024, Jelajah JobCare menawarkan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor.

Berikut tarikh dan lokasi Jelajah JobCare Selangor 2025 mengikut daerah:

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619