AGENSI

Peranan penggerak masjid penting pelihara imej Islam di Selangor

28 Mac 2025, 7:25 AM
Peranan penggerak masjid penting pelihara imej Islam di Selangor
Peranan penggerak masjid penting pelihara imej Islam di Selangor

SHAH ALAM, 28 MAC: Penggerak masjid di seluruh negeri berperanan penting memelihara dan mempertahan imej Islam, terutama mengekalkan tanggapan positif dalam kalangan masyarakat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata mereka perlu menerapkan fikiran kebersamaan dan memiliki keperibadian baik dalam memperkukuh agama secara menyeluruh.

"Perlu ada dalam fikiran mereka bukan hanya bertugas untuk satu masjid atau kariah, sebaliknya imej mereka itu memberikan impak kepada imej orang Islam di Selangor.

[caption id="attachment_693587" align="aligncenter" width="754"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama penerima selepas majlis Penyerahan Insentif Khas Aidilfitri kepada Penggerak Masjid Selangor di Dewan Jamuan Masjid Negeri, Shah Alam pada 28 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"(Ini termasuk) imej Tuanku (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj) sebagai ketua agama Islam dan Imej jabatan (Jabatan Agama Islam Selangor).

“Jadi fungsi dan tugasan mereka itu sangat penting menampilkan watak dan keperibadian yang baik,” katanya selepas menyerahkan Insentif Khas Aidilfitri kepada penggerak masjid di sini, hari ini.

Terdahulu, seramai 3,129 penggerak masjid dari 447 rumah ibadah seluruh Selangor menerima Insentif Khas Aidilfitri 2025 berjumlah RM1.564 juta. Setiap seorang menerima RM500.

Amirudin turut memberitahu bantuan khas kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah sebulan gaji selesai diagih kepada penjawat awam negeri, manakala tambahan setengah bulan akan disalur pertengahan April.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619