AGENSI

Bantuan khas ceriakan penggerak masjid sambut Aidilfitri

13 Apr 2023, 6:37 AM
Bantuan khas ceriakan penggerak masjid sambut Aidilfitri
Bantuan khas ceriakan penggerak masjid sambut Aidilfitri
Bantuan khas ceriakan penggerak masjid sambut Aidilfitri

SHAH ALAM, 13 APRIL: Insentif khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada anggota penggerak masjid menceriakan kumpulan itu menjelang sambutan hari raya minggu hadapan.

Nazir Masjid Nurul Amin di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh berkata bantuan itu juga menjadi galakan kepada petugas masjid untuk bekerja lebih gigih demi kebaikan ummah.

[caption id="attachment_576689" align="alignleft" width="260"] Nazir Masjid Nurul Amin Kg Merbau Sempak, Sungai Buloh Dato' Mohd Zaki Abdul Wahab[/caption]

“Sudah tentu wang ini akan digunakan untuk persiapan hari raya. Dalam masa sama, ia menjadi pemangkin semangat kepada kami untuk meneruskan khidmat.

“Sebenarnya kami tidak mengharapkan apa-apa ganjaran di dunia. Namun kalau mahu dihargai, kami terima. Ini juga sebahagian rezeki Allah,” kata Dato’ Mohd Zaki Abdul Wahab, merangkap Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sementara itu, Pengurus Imam 1 di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya Muhammad Halim Zamri akan menggunakan insentif tersebut bagi menyediakan kelengkapan Aidilfitri buat keluarga.

[caption id="attachment_576688" align="alignright" width="221"] Pengurus Imam 1 di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya Muhammad Halim Zamri[/caption]

"Syukur dapat juga beri sedikit kepada ibu bapa sebagai duit raya. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Dato’ Menteri Besar yang sentiasa cakna kepada golongan seperti kami,” katanya.

Mereka berdua antara 3,024 anggota penggerak masjid yang menerima bantuan khas Aidilfitri di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Serahan oleh Dato' Seri Amirudin Shari turut diberikan kepada 1,687 guru rakyat di sekolah rendah agama dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619