BERITA UTAMA

Telefilem raya terbitan negeri sarat emosi, tonjol keindahan Selangor

25 Mac 2025, 1:00 PM
Telefilem raya terbitan negeri sarat emosi, tonjol keindahan Selangor

OLEH AIDA NYAN

SHAH ALAM, 25 MAC: Telefilem terbitan Kerajaan Negeri berjudul 'Hanya Kita' yang bakal ditayangkan minggu ketiga Syawal ini menjanjikan kelainan dengan kisah yang lebih menyentuh emosi penonton.

EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berkata telefilem ketiga diterbitkan sempena Syawal itu juga sarat dengan mesej penting tentang nilai saling membantu dalam kehidupan.

"Telefilem ini memberi gambaran supaya dalam kehidupan masyarakat kita harus saling membantu dan kita juga menyampaikan mesej bagi program Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi pratonton telefilem itu di Muzium Sultan Alam Shah, di sini hari ini.

Tambah Borhan, telefilem itu juga bukan sekadar hiburan, sebaliknya inisiatif mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025  dengan penggambaran dilakukan di beberapa lokasi menarik di negeri ini.

"Kita banyak beri informasi tentang tempat-tempat sejarah dan tempat-tempat yang perlu dilawat di Selangor. Jadi saya harap ini menjadi promoi juga sempena Tahun Melawat Selangor,"katanya.

Telefilem itu menampilkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, beberapa EXCO Kerajaan Negeri dan pelakon terkenal seperti Ungku Ismail, Christina Suzanne serta Ropie.

'Hanya Kita' merupakan telefilem ketiga selepas 'Selalu Ada' pada tahun 2023 dan 'Ayah Panggil Balik' yang disiarkan pada 2024.

Orang ramai boleh menonton telefilem ini menerusi saluran TV1, TV2 dan platform media Selangor.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619