AGENDA

Dividen KWSP tinggi perkukuh simpanan persaraan, isyarat ekonomi negara makin baik

15 Mac 2025, 9:47 AM

Oleh AIDA NYAN

SHAH ALAM, 15 MAC: Pengumuman dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada kadar 6.30 peratus, tertinggi sejak 2017 mengukuhkan keyakinan kira-kira 16 juta pencarum seluruh negara.

Pekerja sektor swasta, Farah, 26, berkata imbuhan yang tinggi ini amat membantu golongan sepertinya terutama pada usia persaraan kelak.

"Pentadbiran kerajaan sekarang sangat memberangsangkan kerana ada inisiatif yang memihak kepada pencarum swasta melalui KWSP.

"Dana ini sangat membantu kami untuk kelangsungan hidup selepas bersara nanti," katanya kepada Media Selangor.

Perasaan sama turut dirasai pekerja sektor swasta Mohd Arif, 40, yang berharap KWSP terus memberi dividen yang berbaloi untuk tahun-tahun mendatang.

“Kenaikan dividen ini adalah satu berita gembira kepada kami yang bekerja di sektor swasta dan berharap ia tidak terhenti disini," katanya.

Sementara itu Pensyarah, Ain, 35 berkata pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan yang mesra pertumbuhan dan pelabur.

“Mungkin ada potensi yang baik terhadap ekonomi negara dan ini menarik lebih banyak pelaburan dari luar.

"Ini berita baik kerana semasa pandemik Covid-19, ekonomi agak perlahan, jadi kenaikan ini menunjukkan pemulihan dan minat dari pelabur asing,” katanya.

Menurut kakitangan awam Mazrull Yusuf, 49 pula meskipun kenaikan ini mencerminkan kestabilan ekonomi negara, beliau berharap kerajaan dapat mengekalkan skim pencen kepada kakitangan awam seperti sedia kala.

"Transisi kepada skim KWSP adalah langkah yang baik namun untuk kakitangan lama elok dikekalkan dengan skim pencen kerana perubahan ini mengambil masa,"katanya.

Pada 1 Mac lalu, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dan simpanan syariah membabitkan agihan berjumlah RM73.24 bilion, tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Setakat 31 Disember 2024, aset pelaburan KWSP berjumlah RM1.25 trilion, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.

KWSP berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619