AGENDA

18 wanita dipercayai pelacur antara 26 individu ditahan di Bukit Bintang

10 Mac 2025, 3:01 AM
18 wanita dipercayai pelacur antara 26 individu ditahan di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Seramai 26 individu termasuk 18 wanita warga asing disyaki pelacur ditahan dalam serbuan di lima lokasi sekitar Bukit Bintang di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata dalam operasi #KLStrikeForce bermula 12.45 tengah malam sehingga 2 pagi itu, wanita warga asing yang ditahan melibatkan lapan dari Uganda, Vietnam (3), Thailand (2) dan Tanzania (2), serta masing-masing seorang dari Indonesia, Nigeria dan Kenya.

“Wanita yang ditahan ini mengaku bekerja sebagai pelacur secara bebas atau 'freelance' di sekitar kawasan itu, dan menyasarkan warga asing yang berhibur di sekitar Jalan Changkat Bukit Bintang sebagai pelanggan dengan mengenakan bayaran RM100 sekali langgan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rusdi berkata dalam operasi yang turut disertai 35 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Kuala Lumpur itu, tujuh lelaki warga asing iaitu tiga Bangladesh dan masing-masing seorang Mesir, Amerika Syarikat, Singapura dan Nepal serta seorang warga tempatan turut ditahan.

“Lelaki berkenaan dipercayai sama ada pelanggan atau penjaga premis.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619