AGENDA

Sindiket tipu tawaran kerja, polis tahan 13 warga asing

22 Mei 2024, 11:30 AM
Sindiket tipu tawaran kerja, polis tahan 13 warga asing

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Polis menahan 11 lelaki dan dua wanita warga asing disyaki terlibat kegiatan penipuan tawaran kerja dalam talian selepas menyerbu dua unit kediaman di Jalan Ceylon, Bukit Bintang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata selain penahanan kesemua individu berusia 23 hingga 38 tahun itu, polis turut merampas tujuh komputer riba, 21 telefon bimbit dan satu modem.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati sindiket itu telah beroperasi hampir satu bulan dan menyasarkan mangsa di luar negara.

“Kesemua tangkapan berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan, namun semakan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Dellhan kesemuanya direman hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619