BERITA UTAMA

Beri geran bantuan, Selangor panggil pengusaha inap desa jalani pemutihan

21 Feb 2025, 4:00 AM
Beri geran bantuan, Selangor panggil pengusaha inap desa jalani pemutihan
Beri geran bantuan, Selangor panggil pengusaha inap desa jalani pemutihan

SHAH ALAM, 21 FEB: Kerajaan Negeri akan memanggil semua pengusaha inap desa atau homestay untuk mengikuti proses pemutihan bagi membolehkan mereka menerima geran bantuan.

EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim berkata langkah itu akan dilaksana Tourism Selangor bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

"Di seluruh Selangor hanya ada 16 homestay yang mendapat penarafan oleh Motac... beratus lagi tiada penarafan kerana gagal mematuhi kriteria ditetapkan dan tidak memohon lesen.

"Oleh itu, kita akan panggil pengusaha homestay untuk sertai proses pemutihan selain bantu mereka supaya mendapat penarafan daripada Motac. Apabila mendapat penarafan, mereka akan dapat geran sebagai galakan," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

[caption id="attachment_688088" align="alignnone" width="939"] EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan Dato' Ng Suee Lim menjawab soalan dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor ke 15 pada 21 Februari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Menjawab soalan tambahan wakil rakyat Sabak Sallehen Mukhyi berkaitan penarafan bintang bagi setiap inap desa, Suee Lim memaklumkan Kerajaan Negeri bersedia melaksanakannya demi keselamatan pelancong.

"Penarafan bintang bagi setiap homestay mengikut kemudahan seperti kolam renang kerana ia beri keseronokan kepada pelancong yang hadir ke Selangor.

"Berikutan itu, Motac dan Tourism Selangor akan teliti dengan baik setiap homestay ini demi keselamatan pengunjung termasuk memberi perkhidmatan lebih baik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619