AGENDA

Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini

13 Feb 2025, 12:15 AM
Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 13 FEB: Kesediaan kerajaan meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memudahkan rakyat berhimpun secara aman tanpa perlu memohon kebenaran pihak berkaitan, antara yang bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) akan bertanyakan perkara itu kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus persidangan bermula pada 10 pagi.

Pada sesi sama, Perdana Menteri turut dijadualkan menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) tentang punca banyak pelabur asing menjual pegangan saham mereka di dalam negara bagi tempoh kebelakangan ini.

Turut menarik perhatian, soalan berhubung usaha membanteras aktiviti judi dalam talian yang semakin berleluasa termasuk usaha pemantauan, penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan Internet serta platform digital.

Perkara itu akan dibangkitkan Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab lisan.

Usai sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Di luar persidangan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dijadualkan mengadakan sidang media khas penyelarasan harga padi dan beras pada 12.30 tengah hari.

Kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan harga lantai belian padi berserta subsidi tambahan bagi mengimbangi kesan kepada pengguna terutama melibatkan harga beras.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619