NASIONAL

Kenyataan tiada BR1M untuk Melayu pemalas palsu

24 Mei 2018, 7:38 AM
Kenyataan tiada BR1M untuk Melayu pemalas palsu
Kenyataan tiada BR1M untuk Melayu pemalas palsu

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 24 MEI: Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming menafikan dakwaan poster yang mempunyai gambar beliau dengan perkataan "Tiada BR1M Untuk Melayu Pemalas".

Kian Ming dalam kenyataan di laman rasmi facebooknya berkata, poster itu adalah palsu dan beliau tidak pernah berkata sedemikian seperti dituduh dalam grafik berkenaan.

"Ini adalah perbuatan jijik dan nakal oleh pihak tidak bertanggungjawab (laman FB Anak Muda Benci DAP Return) yang berniat memburukkan hubungan kaum di Malaysia," katanya.

Beliau berkata, kepada pengguna laman sosial yang melihat status berkenaan diminta membuat aduan dan sebarkan supaya lebih ramai mengetahui ia adalah berita palsu.

Beliau turut menegaskan kepada pihak yang cuba memburukkan namanya supaya kritik perlu berasaskan fakta bukan sebaliknya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619