BERITA UTAMA

Selangor negeri pertama bantu sektor kesihatan negara tangani Covid-19

22 Jan 2025, 8:28 AM
Selangor negeri pertama bantu sektor kesihatan negara tangani Covid-19
Selangor negeri pertama bantu sektor kesihatan negara tangani Covid-19
Selangor negeri pertama bantu sektor kesihatan negara tangani Covid-19
Selangor negeri pertama bantu sektor kesihatan negara tangani Covid-19

SHAH ALAM, 22 JAN: Selangor adalah negeri pertama yang membantu sektor kesihatan negara ketika berdepan pandemik Covid-19, lima tahun lalu.

Bekas pengarah kesihatan negeri Dato’ Dr Khalid Ibrahim berkata Selangor menubuhkan jawatankuasa kesihatan awam yang diketuai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersama lapan pakar.

“Saya bersara pada 3 Januari 2020 dan kita memulakan penutupan penuh (lockdown) pada Mac. Ketika itu saya dipanggil Kerajaan Negeri dan kita bentuk satu jawatankuasa kesihatan awam.

“Kita negeri pertama yang bantu kebangsaan (negara). Negeri lain kemudiannya juga ikut format Majlis Penasihat Kesihatan Awam Selangor (Selphac),” katanya.

[caption id="attachment_683297" align="alignleft" width="500"] Bekas Pengarah Kesihatan Selangor Dato’ Dr Khalid Ibrahim dalam program 'Siapa Tahu' di pejabat Media Selangor pada 22 Januari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR.[/caption]

Beliau berkata demikian ketika dijemput sebagai tetamu dalam program bual bicara Siapa Tahu dengan tajuk Pejuang Perubatan Tanpa Noktah terbitan Media Selangor.

Dalam pada itu, Dr Khalid mendedahkan Selangor sering merekodkan kes tertinggi Covid-19 berikutan sifat kepelbagaian negeri yang menggambarkan 'mini Malaysia'.

Jelasnya, faktor kependudukan yang padat, pembangunan pesat, mobiliti serta kebanjiran pekerja asing menyumbang kepada peningkatan penyakit berjangkit di Selangor.

“Sebelum saya dilantik sebagai pengarah kesihatan negeri, seseorang pernah maklumkan pada saya, jika saya boleh uruskan (manage) Selangor, bererti saya boleh uruskan Malaysia.

“Ini merupakan satu cabaran dari sudut kesihatan dan ia tidak mudah,” katanya yang kini berkhidmat sebagai pensyarah utama perubatan dan Timbalan Pengarah Profesional dan Operasi di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

[caption id="attachment_514957" align="aligncenter" width="1282"] Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Kajang di Dewan Sri Cempaka Saujana Impian, Hulu Langat pada 26 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_516023" align="aligncenter" width="1317"] Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan ke atas peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Alamanda Seksyen 20, Shah Alam pada 28 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKIN[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619