AGENDA

436,000 rumah di Gaza musnah, 90 peratus penduduk hilang tempat tinggal

20 Jan 2025, 3:43 PM
436,000 rumah di Gaza musnah, 90 peratus penduduk hilang tempat tinggal

NEW YORK, 20 JAN: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) melaporkan 92 peratus rumah di Gaza atau sekitar 436,000 kediaman musnah atau rosak akibat serangan Israel, sementara 90 peratus penduduk Palestin hilang tempat tinggal.

“Pengumuman gencatan senjata memberi harapan, tetapi cabaran yang menanti amat besar,” lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA) memetik Perwakilan WHO di Palestin, Rick Peeperkorn.

Usaha menangani keperluan mendesak dan memulihkan sistem kesihatan menjadi tugas kompleks dan sukar, memandangkan skala dan kerumitan operasi serta kekangan yang wujud, katanya.

Perjanjian gencatan senjata di Gaza itu berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan (0915GMT) Ahad selepas tertangguh beberapa jam susulan Israel menuduh Hamas melengahkan penyerahan senarai tawanan yang akan dibebaskan.

Sejak 7 Oktober 2023, tentera Israel melancarkan serangan ke atas Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 46,913 rakyat Palestin terbunuh, serta mencederakan 110,750 orang.

Sementara itu, sekitar 11,000 orang masih hilang di bawah runtuhan dan di jalanan.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619