BERITA UTAMA

MBSJ lancar aplikasi, pacu pelancongan pintar, rancak kempen TMS2025

19 Jan 2025, 3:09 AM
MBSJ lancar aplikasi, pacu pelancongan pintar, rancak kempen TMS2025
MBSJ lancar aplikasi, pacu pelancongan pintar, rancak kempen TMS2025

SHAH ALAM, 19 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melancarkan aplikasi Gemilang MBSJ (Helo Subang Jaya) dalam usaha memacu pelancongan pintar sempena kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

Bahagian komunikasi korporat MBSJ berkata aplikasi berkenaan menyediakan panduan buat pengguna untuk mendapat informasi mengenai destinasi pelancongan, acara utama dan promosi di bandar raya Subang Jaya.

“Ia membolehkan pengguna merancang jadual perjalanan secara efisien penyediaan jadualperjalanan, tempahan penginapan, makanan dan pengangkutan dalam talian.

“Platform ini menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk berbelanja secara dalam talian dan memperkukuh elemen komuniti digital,” katanya menerusi kenyataan.

[caption id="attachment_682732" align="aligncenter" width="812"] Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim (tengah) melakukan gimik pelancaran aplikasi Gemilang MBSJ (Helo Subang Jaya) pada Anugerah Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MBSJ 2024 di Hotel Sunway Resort, Subang Jaya pada 18 Januari 2025. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya[/caption]

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berharap aplikasi Hello Subang Jaya mendapat sambutan daripada komuniti setempat bagi memperkukuh bandar raya berkenaan sebagai destinasi pelancongan pintar yang mendukung inovasi dan kelestarian.

Aplikasi boleh dimuat naik melalui induk ‘Gemilang MBSJ’ dari Google PlayStore atau Apple AppStore.

Kerajaan Negeri menyasarkan kehadiran lapan juta pengunjung ke Selangor tahun ini dengan catatan transaksi RM11.7 bilion sempena TMS2025.

TMS2025 disasar menawarkan lebih 60 program dan acara dengan promosinya memberi penekanan khusus kepada beberapa segmen termasuk ekopelancongan, agro, seni dan budaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619