AGENDA

Polis mohon bantuan ramai kesan warga emas hilang di HKL

15 Jan 2025, 12:26 AM
Polis mohon bantuan ramai kesan warga emas hilang di HKL

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Hussin Othman pada 7.15 malam, hari yang sama.

Menurutnya pada hari berkenaan, Hussin dilihat kali terakhir keluar dari Wad 24, Aras 5, HKL pada pukul 6 petang.

“Hussin berketinggian kira-kira 168 sentimeter, berambut putih, memakai cermin mata dan bertongkat, serta mengenakan baju warna kelabu berlogo mini love, seluar pendek berwarna kelabu dan berselipar, sambil memegang bungkusan plastik warna merah dan putih,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa dimohon menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-2600 2264 atau Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619