AGENDA

KKM nafi kurang doktor di hospital, proses penempatan sedang dilaksana

1 Jul 2022, 11:36 AM
KKM nafi kurang doktor di hospital, proses penempatan sedang dilaksana

KUALA LUMPUR, 1 JULAI:  Krisis kekurangan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA) adalah tidak berbangkit, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM dalam kenyataan hari ini menjelaskan mengenai isu surat dari HKL yang tular berkaitan kekurangan pegawai perubatan di kedua-dua hospital itu berikutan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL bermula 18 Julai.

“Selaras dengan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL dan HTA pada 18 Julai 2022, KKM juga merancang pertukaran masuk pegawai perubatan dari negeri lain ke HKL dan HTA pada tarikh yang sama bagi menggantikan pegawai perubatan yang bertukar keluar,” menurut kenyataan itu.

Menurut KKM urusan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL adalah prosedur biasa bagi melaksanakan arahan dan memproses permohonan pertukaran pegawai dari semasa ke semasa.

“Untuk makluman, surat yang dikeluarkan oleh pengurusan HKL itu bertujuan melaksanakan penyelarasan dalaman bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan khususnya di Jabatan Kecemasan HTA terus berjalan lancar,” menurut  kenyataan itu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619