BERITA UTAMA

Majlis selawat, munajat di Setia Alam diterus petang ini

28 Dis 2024, 12:00 AM
Majlis selawat, munajat di Setia Alam diterus petang ini
Majlis selawat, munajat di Setia Alam diterus petang ini

SHAH ALAM, 28 DIS: Majlis Darul Ehsan Berselawat diteruskan yang membuka tirai semalam diteruskan petang ini di Setia City Park Oval Lawn, Setia Alam .

Program selama tiga hari menjelang tahun baharu itu bakal disempurnakan oleh Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Majlis munajat, zikir dan berselawat itu juga diserikan dengan kehadiran tokoh terkenal antaranya Habib Ali Zainal Abidin Assegaf, Ustaz Iqbal dan Ustaz Neezam.

Kerajaan Negeri kerap menganjurkan Majlis Darul Ehsan Berselawat termasuk ketika ambang tahun baharu dan sambutan Hari Kemerdekaan yang menghimpunkan ribuan umat Islam.

Pada tahun ini, program tersebut dianjurkan beberapa kali antaranya pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 23 Februari.

Pada 2 Jun, Majlis Darul Ehsan Berselawat turut dianjurkan sempena majlis penutup Festival Turath Islami Selangor di Dataran Tapak Karnival Stadium Shah Alam, diikuti pada 31 Ogos di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619