AGENDA

PGA tahan warga Thailand cuba rentas sempadan secara haram

26 Dis 2024, 8:05 AM
PGA tahan warga Thailand cuba rentas sempadan secara haram

KOTA BHARU, 26 DIS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menahan seorang lelaki warga Thailand berusia 50 tahun kerana disyaki masuk ke negara ini secara haram melalui Kampung Pulau Ular di Tumpat, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA selepas ternampak sebuah bot dari Thailand menghampiri pangkalan haram itu, dan menurunkan penumpang di bawah jambatan kawasan terbabit, pada kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Bagaimanapun, pemandu bot terbabit berjaya melarikan diri dan meninggalkan penumpang (suspek) setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Suspek gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah semasa pemeriksaan dijalankan dan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619