AGENDA

PGA gagalkan cubaan seludup 9,000 anak pokok durian Black Thorn dari Thailand

4 Jun 2025, 2:50 PM
PGA gagalkan cubaan seludup 9,000 anak pokok durian Black Thorn dari Thailand

KOTA BHARU, 4 JUN: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan 9,000 anak pokok durian Black Thorn selepas menahan sebuah lori di Jalan Kampung Kedap, Rantau Panjang, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata hasil pemeriksaan turut menemukan sembilan pokok jenis Cycas dalam lori itu, yang dipercayai diseludup dari Thailand.

"Seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun dipercayai menjadi penghantar turut ditahan. Nilai rampasan dianggarkan RM1.05 juta, termasuk lori dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Nik Ros Azhan berkata Batalion 9 PGA turut merampas sebanyak 350 anak pokok durian Monthong selepas menahan sebuah lori di Kampung Lubuk Gong pada Isnin lepas.

Beliau berkata seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun turut ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619