AGENDA

Polis dihanyut arus deras ketika mandi di tali air ditemukan lemas

23 Dis 2024, 1:29 AM
Polis dihanyut arus deras ketika mandi di tali air ditemukan lemas

IPOH, 23 DIS: Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Jalan Utama Changkat Lada, dekat Kampung Gajah ditemukan lemas pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat Muhammad Taufik Sayuti, 39, dijumpai di sekitar tebing kira-kira 3.04 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada 4.55 pagi oleh anggota yang bertugas.

“Mangsa lemas telah dinaikkan dengan menggunakan bucket stretcher, tali webbing dan tali menyelamat. Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Sabarodzi memaklumkan seorang anggota polis berpangkat koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi bersama rakannya di kawasan berkenaan.

Sabarodzi memaklumkan mangsa yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah itu baru selesai menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619