BERITA UTAMA

MBDK susun gerak kerja, serius tingkat kebersihan seluruh Klang

6 Dis 2024, 2:00 PM
MBDK susun gerak kerja, serius tingkat kebersihan seluruh Klang
MBDK susun gerak kerja, serius tingkat kebersihan seluruh Klang

SHAH ALAM, 6 DIS: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menyusun gerak kerja berkaitan aspek pembersihan di seluruh kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandarnya Dato’ Abd Hamid Hussain berkata penyusunan gerak kerja yang akan dilakukan dalam masa terdekat turut melibatkan KDEB Waste Management (KDEBWM).

“Kita adakan mesyuarat penyelarasan berbincang bagaimana hendak membersihkan Klang. Justeru, dalam masa terdekat akan atur gerak kerja memastikan seluruh Klang dibersihkan.

“Operasi pembersihan dijalankan bersama KDEBWM selaku syarikat konsesi yang menyediakan perkhidmatan itu termasuk kutipan sampah. Selain itu, kita akan memfokuskan juga baik pulih infrastruktur,” katanya dihubungi Selangorkini.

Mengulas lanjut, Abd Hamid memaklumkan MBDK akan memohon peruntukan tambahan kepada Kerajaan Negeri sekiranya dana disediakan tidak mencukupi.

“Peruntukan tahun depan telah dibentang dan kita akan gunakan semua sumber yang ada. Namun, sekiranya tidak cukup dan memerlukan dana tambahan kita akan mohon kepada Kerajaan Negeri,” ujarnya.

[caption id="attachment_675979" align="alignnone" width="806"] Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain menerima nota serah tugas daripada Timbalannya Mohd Zary Affendi Mohd Arif sempena upacara mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Klang di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada 2 Disember 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Semalam, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menzahirkan dukacita dengan tahap kebersihan Bandaraya Diraja Klang yang masih kotor dan tidak teratur.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah walaupun pembangunan berkembang pesat, masih terdapat kawasan yang kotor termasuk sungai yang teruk tercemar dengan sampah sarap.

Sultan Selangor bertitah Baginda banyak menerima rungutan orang ramai terutama pelancong kapal persiaran yang memasuki Pelabuhan Klang, menyatakan pemandangan di sana dan Klang begitu tercemar dan menjijikkan.

Untuk rekod, Abd Hamid mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Klang yang baharu Isnin lalu menggantikan Datin Paduka Noraini Roslan yang bersara wajib pada November lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619