NASIONAL

Pertemuan Najib-Bloomberg tidak ubah keyakinan rakyat tolak BN

27 Apr 2018, 7:21 AM
Pertemuan Najib-Bloomberg tidak ubah keyakinan rakyat tolak BN
Pertemuan Najib-Bloomberg tidak ubah keyakinan rakyat tolak BN

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KLANG, 27 APR: Keyakinan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN akan terus mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dilihat hanya 'syok sendiri' apabila rata-rata rakyat kini menolak pentadbiran gagasan itu.

Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie berkata demikian bagi mengulas sessi wacana Najib dengan Bloomberg.

Shuhaimi berkata, pertemuan beliau bersama media antarabangsa itu dilihat satu kaedah memusingkan fakta untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa kredibiliti beliau tidak lagi diragui diperingkat antarabangsa.

"Najib boleh membuat pertemuan bersama Bloomberg atau mana-mana pihak lain, namun rakyat Malaysia sebenarnya lebih bijak menilai pemimpin berwibawa.

"Secara keseluruhannya hari ini rakyat juga mahukan perubahan dan sehingga kini rata-rata masih terkesan dengan bebanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta hutang negara melibatkan 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).

"Saya yakin perubahan berlaku di banyak kawasan dan penolakan terhadap Najib tidak boleh dinafikan lagi.

"Lambat laun, Najib terpaksa akur rakyat tidak lagi menyokong beliau dan BN," katanya ketika ditemui Selangor Kini dalam program turun padang di Klang, pagi tadi.

Baru-baru ini, Najib dalam pertemuannya dengan Bloomberg mendakwa BN akan terus mendapat mandat rakyat bagi menerajui negara dengan keputusan lebih baik dalam PRU14.

Najib juga menafikan beliau terlibat dalam masalah tadbir urus 1MDB kerana tiada bukti menyatakan bahawa beliau terlibat dengan penyelewengan dana itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619