AGENDA

BN pertahan DUN Mahkota, raih majoriti 20,648 undi

28 Sep 2024, 1:48 PM
BN pertahan DUN Mahkota, raih majoriti 20,648 undi

KLUANG, 28 SEPT: Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan kemenangan bergaya selepas calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh majoriti besar 20,648 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu hari ini.

Syed Hussien, yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, selaku wakil Kerajaan Perpaduan memperoleh 27,995 undi, jauh meninggalkan pencabarnya daripada Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar, yang sekadar meraih 7,347 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini malam ini, yang turut memaklumkan 339 kertas undi ditolak selain 24 tidak dikembalikan.

Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama sepanjang PRK berlangsung, yang bermula dengan hari penamaan calon pada 14 Sept lepas.

Secara keseluruhannya, Azurawati berkata peratus pengundian pada PRK itu ialah 53.84.

BERITA LANJUT MENYUSUL...

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619