SELANGOR

Pertembungan empat penjuru di Sungai Kandis?

27 Apr 2018, 3:52 AM
Pertembungan empat penjuru di Sungai Kandis?
Pertembungan empat penjuru di Sungai Kandis?

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 27 APR: Pertembungan sengit bakal berlaku bagi kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis apabila perebutan kerusi itu dijangka membabitkan pertembungan empat penjuru.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Sungai Kandis, Jamberi Amri berkata, bagaimanapun jentera pilihan raya KEADILAN Sungai Kandis sudah membuat persediaan rapi berhadapan sebarang kemungkinan.

"Kita menjangkakan pertarungan sengit berlaku di sini nanti," katanya pada program Pelancaran Bilik Gerakan dan Jentera Pilihan Raya N49 Sungai Kandis, di sini, semalam.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan parti mana dijangka bertanding di kawasan itu.

Sementara itu, KEADILAN meletakkan Shuhaimi Shafiei di kerusi itu selepas kerusi Sri Muda yang disandangnya sebelum ini 'hilang' dalam persempadanan baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain, KEADILAN, parti yang disebut-sebut bertanding di kerusi yang 70 peratus pengundi Melayu ini nanti adalah PAS dan Barisan Nasional (BN).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619