SELANGOR

MB hadiri majlis tahlil ADN Sungai Kandis

3 Jul 2018, 3:00 PM
MB hadiri majlis tahlil ADN Sungai Kandis

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 JUL: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menghadiri majlis tahlil malam ini untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei yang kembali ke rahmatullah, semalam.

Majlis diadakan selepas solat Maghrib di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, turut disertai Imam Besar, Muhammad Farhan Wijaya dan jemaah lain.

Selepas itu diadakan tazkirah ringkas disampaikan Muhammad Farhan diikuti solat Isyak berjemaah.

Shuhaimi, 50, meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat penyakit kanser limfoma.

Jenazah Allahyarham diuruskan di masjid sama dan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 di sini selepas solat Asar.

Beliau sebelum ini adalah ADN Seri Muda selama dua penggal selepas memenangi PRU12 dan 13 serta meneruskan kecemerlangan di DUN Sungai Kandis pada PRU14.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619