BERITA UTAMA

Negeri rangka pelan pengurusan cerun, kenal pasti lebih awal lokasi bahaya

18 Nov 2024, 2:58 AM
Negeri rangka pelan pengurusan cerun, kenal pasti lebih awal lokasi bahaya

SHAH ALAM, 18 NOV: Pelan risiko dan bahaya cerun membabitkan jalan-jalan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dijangka siap pada tahun depan, kata EXCO infrastruktur.

Ir Izham Hashim berkata kaedah tersebut memudahkan agensi berkaitan memantau serta mengenal pasti kawasan-kawasan cerun yang hampir runtuh.

"Selain itu, bagi kawasan yang tidak melibatkan jalan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) juga menyediakan peta bahaya dan risiko bagi seluruh Selangor.

"Peta ini akan memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan bertanah tinggi terutamanya di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Menjawab soalan wakil rakyat Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri berhubung langkah Kerajaan Negeri menangani masalah tanah runtuh, beliau menjelaskan sistem amaran awal (EWS) dipasang di beberapa lokasi kawasan cerun.

"Pihak JKR, JMG dan pihak berkuasa tempatan memasang sistem itu bertujuan memberi indikasi amaran awalan supaya persediaan dan tindakan susulan dengan segera dapat dilaksanakan dalam mengatasi masalah tanah runtuh.

"Pemakaian garis panduan perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi antaranya dalam meletakkan syarat zon penampan bertujuan mengurangkan risiko dan bahaya cerun runtuh terhadap sesuatu pembangunan yang hendak dilaksanakan serta impak terhadap kawasan sekitar," katanya.

Sebelum ini, Izham memaklumkan tatacara operasi piawai (SOP) pengurusan cerun seluruh negeri dijangka siap selewatnya Disember depan membabitkan dua komponen.

Jelasnya, SOP yang disediakan JMG akan dilaksana di semua pihak berkuasa tempatan supaya penjagaan cerun lebih baik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619