AGENDA

PM: Sentuh isu kekejaman di Gaza dalam APEC sangat menggalakkan

17 Nov 2024, 12:10 AM
PM: Sentuh isu kekejaman di Gaza dalam APEC sangat menggalakkan

LIMA (Peru), 17 NOV: Melihat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang secara dominannya berkisar kepada forum ekonomi dan perdagangan, turut menyentuh isu kekejaman ke atas rakyat Palestin di Gaza, adalah sesuatu yang amat menggalakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Anwar berkata beliau amat teruja apabila dapat menghadiri sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka yang menimpa dunia.

“Ini juga adalah satu daripada beberapa sesi APEC, yang turut menyentuh kekejaman ketara terhadap penduduk Gaza, yang adakalanya kita pilih untuk abaikan, jelas bertentangan dengan semangat kemanusiaan sebenar,” katanya pada sesi intervensi Pemukiman Pemimpin Ekonomi APEC di sini.

Anwar yang tiba di sini pada 12 November untuk Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW), sebelum ini mengaitkan isu itu dengan prinsip perdagangan bebas yang tidak sepatutnya menafikan hak rakyat Palestin.

AELW berakhir hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619