ADN

Wakil rakyat Taman Templer manfaat dana PSP baik pulih dua surau

7 Nov 2024, 12:35 PM
Wakil rakyat Taman Templer manfaat dana PSP baik pulih dua surau

SHAH ALAM, 7 NOV: Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer memanfaat dana Projek Selangor Penyayang (PSP) bagi membaik pulih surau.

Anfaal Saari berkata sebanyak RM30,000 diperuntuk bagi membaiki tandas, tempat wuduk dan lantai Surau Al-Ehsan di Pangsapuri Dahlia A, Bandar Baru Selayang.

Manakala sejumlah RM20,000 pula disalurkan untuk penambahbaikan bumbung Surau Abu Hanifah Bukit Idaman, Taman Templer, katanya.

“Alhamdulillah, projek penambahbaikan di kedua-dua surau di Taman Templer telah berjaya disiapkan baru-baru ini.

“Semoga jemaah dapat menunaikan ibadah dengan lebih selesa sekali gus mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti,” katanya menerusi Facebook.

Dato’ Menteri Besar ketika membentang Belanjawan 2024, memaklumkan RM24 juta diperuntuk bagi meningkatkan kualiti fasiliti awam dan membina prasarana baharu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata RM10 juta diperuntuk bagi mengecat dan memperbaiki fasiliti pangsapuri kos rendah serta sederhana melebihi 15 tahun manakala RM14 juta diperuntuk kepada 56 DUN dengan setiap daripadanya menerima RM250,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619