ADN

DUN Subang Jaya belanja RM91,900 naik taraf padang USJ 2/4

17 Jun 2023, 4:32 AM
DUN Subang Jaya belanja RM91,900 naik taraf padang USJ 2/4

Oleh AMIRUL FAZLI

SUBANG JAYA, 17 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya membelanjakan RM91,900 dibelanja untuk kerja naik taraf padang bola USJ 2/4 dibawah Projek Selangor Penyayang (PSP) .

Wakil rakyatnya Michelle Ng Mei Sze berkata padang bola berkenaan direka bentuk sesuai untuk sukan ragbi dan lempar cakera (frisbee) selain bola sepak.

"Kita akan bina padang yang lengkap dengan garisan dan setiap daripada itu akan mewakili sukan masing-masing.

"Tiga sukan tersebut adalah bola sepak, ragbi dan frisbee. Padang ini akan ada orang jaga bagi memudahkan urusan penggunaan padang,"katanya.

Terdahulu Mei Sze ditemani Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya Ar Kamaruk Hisham Yeop Hashim turun ke lokasi bagi meninjau kerja naik taraf padang berkenaan di sini, hari ini.

Projek yang bermula 29 Mei lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 24 Julai itu juga akan dilengkapi dengan sistem pengaliran air di sekeliling padang bagi memastikan air tidak bertakung jika hujan.

Sementara itu, Ar Kamaruk berkata projek seperti ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap prasarana penduduk dan akan melakukan yang terbaik bagi kemudahan orang ramai.

"Bagi menjaga kualiti rumput, kita akan menutup sementara padang ini ketika waktu hujan agar keadaan padang sentiasa berada di tahap terbaik," katanya.

Menerusi Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan sejumlah RM28 juta diperuntukkan di bawah inisiatif projek Selangor Penyayang sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat setempat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619