EXCO

Lebih setengah juta hidap penyakit tidak berjangkit, masyarakat diseru jaga kesihatan

30 Okt 2024, 10:38 AM
Lebih setengah juta hidap penyakit tidak berjangkit, masyarakat diseru jaga kesihatan

SHAH ALAM, 30 OKT: Masyarakat diseru mengamalkan gaya hidup sihat dan perkukuh imuniti badan bagi mengelak masalah kesihatan.

EXCO kesihatan berkata tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 mendapati lebih daripada setengah juta golongan dewasa negara mempunyai empat penyakit tidak berjangkit kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan obesiti.

“Daripada data tersebut, 15.6 peratus menghidap kencing manis manakala 84 peratus berusia 18 hingga 29 tahun mempunyai kencing manis.

“Dalam pada itu, 29.2 peratus mempunyai darah tinggi selain dan penyakit obesiti turut merekodkan peningkatan kepada 54.4 peratus berbanding 2021 iaitu 50.1 peratus.

“Sehubungan itu, masyarakat perlu mengamalkan budaya hidup sihat yang konsisten dan memperkukuh imuniti badan bagi mencegah penyakit selain makan secara sihat, tidak merokok serta memupuk minda sihat,” kata Jamaliah Jamaluddin.

Terdahulu, beliau merasmikan jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat negeri Selangor di KSL Esplanade Mall baru-baru ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619