AGENDA

Insiden pesawat terhempas hanya simulasi kecemasan

26 Okt 2024, 9:33 AM
Insiden pesawat terhempas hanya simulasi kecemasan

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Polis menafikan berlakunya insiden sebuah pesawat Boeing 737 membawa 77 penumpang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata sebaliknya, ia hanyalah simulasi kecemasan mengendalikan insiden pesawat terhempas dengan penglibatan bersama beberapa agensi penyelamat.

"Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) turut memantau latihan malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular laporan berhubung insiden pesawat terhempas yang menyebabkan 10 maut dan 67 lagi cedera di aplikasi WhatsApp.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619