AGENDA

Polis temui rokok bernilai RM330,000 disembunyi dalam semak di sempadan Malaysia-Thailand

25 Okt 2024, 3:33 AM
Polis temui rokok bernilai RM330,000 disembunyi dalam semak di sempadan Malaysia-Thailand

KOTA BHARU, 25 OKT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan 300,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM330,000 dekat pengkalan haram Pos Rela, Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan tersebut dilakukan kira-kira 1 pagi apabila pihaknya ternampak longgokkan kotak berwarna coklat yang disembunyikan di kawasan semak semasa membuat rondaan Op Taring Wawasan Kelantan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas kotak-kotak berkenaan ditemukan rokok putih berjenama TEX dipercayai diseludup dari Thailand, untuk pasaran tempatan di kawasan kampung dan ladang yang ramai pekerja warga asing.

“Kesemua barang rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619