AGENSI

Lebih 1,400 individu terima manfaat program SEHAT setiap tahun

23 Okt 2024, 1:00 PM
Lebih 1,400 individu terima manfaat program SEHAT setiap tahun
Lebih 1,400 individu terima manfaat program SEHAT setiap tahun

CYBERJAYA, 23 OKT: Lebih 1,400 individu mendapatkan bantuan khidmat perundingan dan rawatan setiap tahun menerusi program Selangor Mental Sihat (SEHAT) sejak diperkenal Kerajaan Negeri pada 2021.

Penyelaras program Dr Muhammad Adil Zainal berkata kebanyakan kes melibatkan individu berusia antara 20 hingga 40 tahun, terutamanya keluarga muda di Lembah Klang yang berdepan tekanan ekonomi.

“Kira-kira 55 peratus masalah yang kami temui adalah berkaitan dengan hubungan keluarga, selain cabaran kehidupan dan ekonomi semasa di Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dijemput sebagai panelis pada Persidangan Kesihatan Awam di Universiti Cyberjaya di sini, hari ini. Majlis itu disempurnakan EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin.

Dr Muhammad Adil menambah, program SEHAT mempunyai 18 pakar psikiatri berdaftar, empat klinik psikologi serta lebih 50 kaunselor di pelbagai hab dan klinik.

[caption id="attachment_669602" align="alignleft" width="500"]
Penyelaras program Selangor Mental Sihat (SEHAT) Dr Muhammad Adil Zainal Abidin salah seorang panelis di Persidangan Kesihatan Awam di Universiti Cyberjaya pada 23 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Bagaimanapun katanya, program SEHAT berdepan kekangan khususnya masalah kekurangan kaunselor, dengan beberapa daerah hanya mempunyai seorang kaunselor.

“Kami berharap dapat diberi tambahan peruntukan berbanding hanya RM250,000 sebelum ini untuk menambah baik inisiatif sedia ada kepada masyarakat,” katanya.

Kerajaan Negeri melancarkan SEHAT dengan peruntukan RM500,000 bagi menangani isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan sejak pandemik Covid-19.

Menerusi inisiatif itu, warga Selangor menikmati khidmat saringan awal, talian bantuan, subsidi rawatan psikiatri, pembangunan modul serta latihan kaunselor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619