AGENSI

Subsidi, bantuan psikiatri antara inisiatif Selangor tangani isu kesihatan mental

21 Jul 2024, 1:00 AM
Subsidi, bantuan psikiatri antara inisiatif Selangor tangani isu kesihatan mental
Subsidi, bantuan psikiatri antara inisiatif Selangor tangani isu kesihatan mental

SHAH ALAM, 21 JULAI: Isu kesihatan mental akan lebih ditekan dan diberi perhatian sepanjang tahun ini termasuk penyediaan Hab Mental SEHAT (Selangor Mental Sihat) bagi membantu individu yang menghadapi masalah tekanan perasaan.

Ahli Penasihat Kesihatan Awam Negeri Dr Mohammad Farhan Rusli berkata beberapa tahun ini pentadbiran menjalankan pelbagai inisiatif sebagai usaha mengurangkan masalah mental termasuk membiayai sepenuhnya kos ubat.

“Kita faham kes kesihatan mental semakin meningkat dan sebab itu kita lancarkan pelbagai inisiatif untuk tanganinya. Antaranya program subsidi untuk menjalankan sesi bersama pakar psikiatri dan kaunselor bertauliah.

[caption id="attachment_536609" align="alignleft" width="369"] Ahli Penasihat Kesihatan Awam Selangor Dr Mohammad Farhan Rusli. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Ini luar dari sistem Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kita turut sediakan Talian SEHAT untuk mudahkan pesakit membuat aduan,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 11 Julai, EXCO kesihatan ketika sidang Dewan Negeri Selangor memaklumkan 10,459 kes gangguan mental dirujuk ke klinik kesihatan daerah dalam tempoh empat tahun dari 2020 hingga 31 Mac tahun ini.

Tahun 2020 merekodkan 1,858 kes diikuti 2021 (1,942), 2022 (2,065), 2023 (2,297) dan untuk 2024 hingga 31 Mac, 2,297 kes dilaporkan.

Klang menjadi daerah yang menerima jumlah pesakit tertinggi iaitu melebih 500 setahun, diikuti Petaling dengan lebih 400 pesakit dan Sepang mencatatkan lebih 300 pesakit bagi tempoh sama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619