AGENSI

Agensi kerajaan boleh anjur Selangor Saring, bantu kakitangan kesan penyakit

4 Jul 2023, 6:00 AM
Agensi kerajaan boleh anjur Selangor Saring, bantu kakitangan kesan penyakit
Agensi kerajaan boleh anjur Selangor Saring, bantu kakitangan kesan penyakit

SHAH ALAM, 4 JULAI: Agensi atau badan kerajaan boleh melakukan pemeriksaan percuma terhadap kakitangan masing-masing bagi mengetahui tahap kesihatan mereka menerusi Selangor Saring .

Ahli penasihat kesihatan awam negeri berkata penganjuran program itu kini ditawar kepada kumpulan terbabit selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan pengurusan bersama (JMB).

“Kita akan mendepani pilihan raya negeri, jadi program ini tidak melibatkan wakil rakyat. Ia diteruskan dengan kerjasama agensi kerajaan atau pihak tertentu memandangkan manfaatnya besar.

[caption id="attachment_545602" align="aligncenter" width="750"] Petugas kesihatan melakukan pemeriksaan ke atas peserta program Selangor Saring sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Suleiman, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Oleh itu, mana-mana agensi disaran menghubungi Selcare selaku pengendali program untuk memudahkan kakitangan mengesan penyakit lebih awal,” kata Dr Mohammad Farhan Rusli ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan program tersebut akan diadakan dalam tempoh terdekat dengan sasaran 300 peserta di setiap lokasi bagi menyokong usaha pentadbiran negeri.

Selangor Saring diperkenal tahun lalu bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal, terutama yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Membabitkan kos RM3.4 juta yang ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri, peserta boleh menjalani saringan air kencing, mata, barah pangkal rahim, payu dara dan prostat serta ujian darah.

Skim tersebut ditambah baik tahun ini dengan beberapa lagi khidmat saringan disediakan antaranya pemeriksaan gigi dan telinga selain mengadakan sesi fisioterapi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619