AGENDA

Hizbullah lancar serangan roket di bandar utara Israel

7 Okt 2024, 2:29 PM
Hizbullah lancar serangan roket di bandar utara Israel

BEIRUT, 7 OKT: Kumpulan Hizbullah dari Lubnan pada Isnin menyerang bandar Haifa di utara Israel dengan serangan roket besar-besaran, menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

"Untuk menyokong rakyat Palestin kami yang teguh di Semenanjung Gaza dan penentangan mereka yang gagah berani dan terhormat, dan untuk mempertahankan Lubnan dan rakyatnya, dan sebagai tindak balas kepada pencerobohan biadab Israel ke atas bandar, kampung dan orang awam, para pejuang mengebom pada tengah hari Isnin di utara bandar Haifa dengan serangan roket secara besar-besaran," menurut kenyataan itu.

"Pejuang juga mengebom pangkalan Nimra dan penempatan Karmiel dengan serangan roket," tambahnya.

Sumber tentera Lubnan memberitahu Xinhua bahawa Israel melakukan 30 serangan udara ke atas bandar, kampung dan kawasan lapang di selatan Lubnan pada waktu pagi dan subuh pada Isnin.

Mereka menambah, "28 serangan udara juga direkodkan ke atas bandar Baalbek dan sekitarnya di timur Lubnan, manakala artileri Israel melepaskan kira-kira 200 peluru ke atas lebih 34 kampung dan bandar sempadan di selatan Lubnan".

"Satu serangan udara menyasarkan sebuah rumah di bandar Srifa, yang terletak di sektor barat selatan Lubnan, mengorbankan empat orang awam termasuk seorang anggota tentera Lubnan," kata sumber itu.

Sejak 23 September, tentera Israel melancarkan serangan intensif ke atas Lubnan dalam peningkatan ketegangan dengan Hizbullah.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619