AGENDA

Gagal serah penyata kewangan, 12 syarikat dikait GISBH dikompuan RM4.4 juta

26 Sep 2024, 6:04 AM
Gagal serah penyata kewangan, 12 syarikat dikait GISBH dikompuan RM4.4 juta

PETALING JAYA, 26 SEPT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata kompaun itu dikeluarkan setelah siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati kesemua syarikat terbabit tidak mematuhi tanggungjawab menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan masing-masing.

“Selain GISBH, terdapat sebanyak 17 syarikat lain menggunakan nama GISB dalam pendaftaran SSM. Pada masa yang sama, semakan data dan laman sesawang berkaitan GISB atau 'Ikhwan' pula mendapati sebanyak 201 perniagaan boleh dikaitkan dengan GISB.

“Antara tanggungjawab syarikat setiap tahun ialah perlu mengemukakan penyata kewangan mereka yang telah diaudit. Siasatan SSM mendapati 12 syarikat ini tidak patuh dengan tanggungjawab menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan,” katanya ketika ditemui selepas TikTok Shop Seller Summit 2024 di sini hari ini.

Armizan berkata dalam isu GISBH, KPDN bertanggungjawab membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi perundangan serta ketidakpatuhan terhadap akta berkaitan oleh rangkaian-rangkaian perniagaan mereka.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619