AGENDA

Kerajaan pandang serius aliran menyimpang ajaran Islam, tuntut tindakan bersepadu

24 Sep 2024, 11:30 AM
Kerajaan pandang serius aliran menyimpang ajaran Islam, tuntut tindakan bersepadu

KUALA LUMPUR, 24 SEPT: Pemikiran dan beberapa aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jaamah menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama agensi penguat kuasa untuk membanterasnya sehingga akar umbi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Madani memandang serius segala bentuk aliran yang menyimpang serta menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia.

“Moga Allah melindungi kita dan negara ini daripada sebarang bahaya, ancaman yang menyimpang dan boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook yang berkongsi mengenai pertemuan beliau bersama pengurusan tertinggi Jakim hari ini.

Anwar berkata pertemuan itu diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan hal ehwal Islam di negara ini termasuk sektor halal.

“Platform ini penting, mengambil kira perkembangan mutakhir khususnya mengenai prospek ekonomi dalam sektor halal di dalam dan luar negara, yang menagih kebersamaan antara agensi Persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal Malaysia,” kata beliau dalam hantaran sama.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619