BERITA UTAMA

Raja Muda berkenan lawat Pavilion Selangor, lihat produk pertanian negeri

17 Sep 2024, 7:11 AM
Raja Muda berkenan lawat Pavilion Selangor, lihat produk pertanian negeri
Raja Muda berkenan lawat Pavilion Selangor, lihat produk pertanian negeri

SERDANG, 17 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan mengunjungi Pavilion Selangor pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Tengku Amir Shah pada jam 11 pagi diiringi EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail dengan memulakan lawatan ke gerai pempamer Agrotrade yang menjual produk keluaran usahawan tempatan.

Baginda kemudian mengunjungi pameran ruminan haiwan ternakan Jabatan Veterinar Malaysia dan laman Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) untuk melihat aktiviti memancing udang laut.

Tengku Amir seterusnya mengunjungi laman Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi melihat galeri kolam ikan air tawar dan akuakultur.

[caption id="attachment_663705" align="alignnone" width="872"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat buah rock melon di Pavilion Selangor sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS Serdang pada 17 September 2024. Foto ISTANA SELANGOR[/caption]

Baginda mengakhiri lawatan di Pavilion Selangor dengan melihat pameran produk hasil keluaran negeri seperti vanilla planifolia, madu kelulut, jagung bijirin berkualiti tinggi, melon Selangor, kelapa dan nanas serta produk agropelancongan.

MAHA 2024 menyasarkan nilai perjanjian persefahaman sebanyak RM6 bilion selain menarik kehadiran tiga juta pengunjung.

Ketika peluncurannya pada Jun, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih 180 syarikat antarabangsa berminat menyertai karnival ini selain menyasarkan 2,000 pempamer.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619