AGENDA

Lebih 552,000 kanak-kanak di Gaza terima dos pertama vaksin polio

13 Sep 2024, 2:32 AM
Lebih 552,000 kanak-kanak di Gaza terima dos pertama vaksin polio

GENEVA, 13 SEPT: Kempen vaksinasi polio pusingan pertama di Semenanjung Gaza kini hampir selesai dengan lebih 552,000 kanak-kanak menerima dos pertama vaksin itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis

Sambutan terhadap kempen ini amat menggalakkan dan ibu bapa berusaha sedaya upaya memastikan anak mereka tidak terlepas daripada menerima vaksin, kata wakil WHO Richard Peeperkorn menerusi panggilan video dari Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kempen itu dijangka selesai pada Khamis.

Kanak-kanak di Gaza dijadualkan menerima dos kedua vaksin itu menerusi kempen seterusnya yang dijangka bermula dalam tempoh empat minggu.

Kempen ini dijalankan selepas tiga kes polio dikesan di zon konflik yang padat dengan penduduk pada Julai lalu.

Kes polio pertama dalam tempoh 25 tahun baru-baru ini dikesan di Semenanjung Gaza.

Pakar kesihatan bimbang wabak polio mungkin berlaku susulan ratusan ribu orang yang hilang tempat tinggal terpaksa hidup dalam keadaan yang sesak.

Lebih 90 peratus kanak-kanak perlu divaksinasi untuk mencegah penularan polio, yang boleh menyebabkan lumpuh, menurut angka WHO.

- BERNAMA-dpa

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619