AGENDA

PM: Jangan lupa jasa peneroka awal Felda, hasil dinikmati generasi masa kini

13 Sep 2024, 2:30 AM
PM: Jangan lupa jasa peneroka awal Felda, hasil dinikmati generasi masa kini

LAHAD DATU, 1# SEPT: Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata golongan itu cekal meredah dan membersihkan hutan belantara bagi menjayakan tanah rancangan Felda dan tanggungjawab itu bukan suatu tugas yang mudah.

"Kita juga tidak boleh lupa kerana pelan awal bukan seperti sekarang. Pada masa itu, tiada jalan ataupun sekolah. Para peneroka masuk dan bersihkan hutan belantara.

"Ini adalah jasa bapa dan ibu yang jadi pengasas serta peneroka awal. Jadi, kita kena hormat dan berterima kasih kepada mereka," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Segalanya Felda di sini semalam.

Perdana Menteri berkata berkat penerokaan dan pengorbanan peneroka awal itu, Felda telah berkembang pesat dan hasil yang dikeluarkan daripada tanah rancangan itu juga berkualti tinggi serta diiktiraf di peringkat dunia.

Anwar berkata jasa dan khidmat bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dalam penubuhan Felda juga tidak boleh dilupakan, kerana program tanah rancangan dibangunkannya itu amat hebat dan membantu rakyat miskin.

"Rakyat miskin tiada tanah dan pekerjaan, tetapi diberi tanah dan pekerjaan. Pada masa itu, mereka terpaksa pinjam daripada bank untuk memulakan projek itu," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619