AGENDA

Anwar sumbang 35 ekor lembu kepada Felda, semarak kerjasama antara peneroka

17 Jun 2024, 8:07 AM
Anwar sumbang 35 ekor lembu kepada Felda, semarak kerjasama antara peneroka

ALOR GAJAH, 17 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda bagi menjalankan ibadah korban sempena Aidiladha.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.

"Setiap wilayah berkenaan memperoleh tiga ekor lembu bagi pelaksanaan program korban yang rata-ratanya dilaksanakan pada hari ini di seluruh negara melibatkan semua komuniti Felda dan masyarakat setempat.

"Kita dapat lihat kemeriahan program korban hari ini bersama pihak masjid, kepimpinan kampung dan peneroka, nampak suasana muhibah itu berlaku dalam program ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Korban Felda Madani di Felda Tun Ghafar Hutan Percha di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Kawal Selia Felda Jabatan Perdana Menteri Datuk Azlan Johar dan Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Datuk Mohd Banuri Aris.

Shamsul Iskandar berkata Perdana Menteri berharap golongan peneroka dapat mengambil ibrah daripada ibadah haji untuk melakukan perubahan dalam hidup, sekali gus menjayakan program korban dengan semangat gotong-royong, kerjasama, menyemarakkan rasa hormat-menghormati antara kepimpinan di peringkat akar umbi agar mendapat nikmat daripada program ibadah korban itu.

Terdahulu, beliau berkata program ibadah berkenaan melibatkan penyembelihan lapan ekor lembu serta seekor kambing dan tiga ekor lembu daripadanya merupakan sumbangan daripada Anwar.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619