AGENDA

Kadar kekeruhan air Sungai Bernam menurun, LRA Sungai Bernam mula operasi

25 Ogos 2024, 12:51 AM
Kadar kekeruhan air Sungai Bernam menurun, LRA Sungai Bernam mula operasi
Kadar kekeruhan air Sungai Bernam menurun, LRA Sungai Bernam mula operasi
Kadar kekeruhan air Sungai Bernam menurun, LRA Sungai Bernam mula operasi

SHAH ALAM, 25 OGOS: Situasi semasa kadar kekeruhan air di Sungai Bernam menunjukkan tren penurunan bacaan kekeruhan yang positif.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan kekeruhan itu susulan penerimaan hujan tinggi dan kejadian kepala air di kawasan hulu Sungai Slim serta Sungai Geliting di Perak pada jarak anggaran 30 ke 40 kilometer yang akhirnya mengalir ke Sungai Bernam di Selangor.

“Ia merupakan faktor peningkatan kekeruhan luar biasa berbanding hari-hari biasa.

“LUAS berkomunikasi dengan pihak berkuasa Perak dan melakukan semakan serta siasatan menyeluruh ke kawasan yang dikenal pasti melibatkan Sungai Slim, Sungai Bil dan Sungai Geliting di Perak,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Namun menurut LUAS penurunan bacaan kekeruhan berada pada kadar agak perlahan disebabkan jumlah aliran sedimen yang tinggi susulan kejadian aliran kepala air tersebut.

“Pasukan LUAS dan Air Selangor berada di tapak memantau rapi keadaan semasa Sungai Bernam,” katanya.

Setakat jam 9 malam tadi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bernam yang dihenti tugas sementara susulan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air, mula beroperasi secara berperingkat.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pihaknya bagaimanapun masih menjalankan pemantauan kualiti air secara berkala bagi mengukur kadar kekeruhan.

Katanya bantuan alternatif melalui lori tangki digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal.

[caption id="attachment_659912" align="aligncenter" width="1123"] Kekeruhan air Sungai Bernam menunjukkan penurunan bacaan kekeruhan positif susulan penerimaan hujan tinggi dan kejadian kepala air di kawasan hulu Sungai Slim serta Sungai Geliting di Perak pada 23 Ogos 2024. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor[/caption]

[caption id="attachment_659913" align="aligncenter" width="924"] Air Sungai Bernam keruh susulan penerimaan hujan tinggi dan kejadian kepala air di kawasan hulu Sungai Slim serta Sungai Geliting di Perak pada 23 Ogos 2024. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619