AGENDA

LRA Sungai Bernam beroperasi sepenuhnya, bekalan air disalur berperingkat

25 Ogos 2024, 3:24 AM
LRA Sungai Bernam beroperasi sepenuhnya, bekalan air disalur berperingkat

SHAH ALAM, 25 OGOS: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bernam sudah beroperasi sepenuhnya jam 9 pagi tadi dan bekalan air disalurkan secara berperingkat kepada pengguna.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air sistem agihan bekalan air.

"Bantuan alternatif melalui lori tangki ke kawasan yang masih terjejas akan diteruskan dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian," katanya menerusi Facebook hari ini.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com.

Selain itu maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://airselangor.com

Semalam Air Selangor memaklumkan henti tugas sementara LRA Sungai Bernam berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat kepala air di Sungai Bernam.

Agensi itu memaklumkan pihaknya mengambil segala usaha bagi meminimakan dampak gangguan bekalan tidak berjadual membabitkan pengguna di wilayah Hulu Selangor dan Sabak Bernam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619