BERITA UTAMA

Klang miliki lokasi sejarah, unik, tarikan pelancong sempena TMS2025

13 Ogos 2024, 10:25 AM
Klang miliki lokasi sejarah, unik, tarikan pelancong sempena TMS2025
Klang miliki lokasi sejarah, unik, tarikan pelancong sempena TMS2025
Klang miliki lokasi sejarah, unik, tarikan pelancong sempena TMS2025
Klang miliki lokasi sejarah, unik, tarikan pelancong sempena TMS2025
Klang miliki lokasi sejarah, unik, tarikan pelancong sempena TMS2025
Klang miliki lokasi sejarah, unik, tarikan pelancong sempena TMS2025

KLANG, 13 OGOS: Bandar Diraja Klang berpotensi menjadi destinasi pelancongan utama negeri sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) berikutan memiliki pelbagai kisah sejarah menarik.

Pemangku Pengurus Pembangunan Produk dan Pakej Tourism Selangor, S Renuga Devi berkata kebanyakan bangunan di Klang berusia lebih 100 tahun sekali gus menjadikannya antara bandar tertua di Malaysia.

“Sejarah Klang yang pelbagai merupakan tarikan keistimewaan Klang itu sendiri. Ini kerana banyak bangunan di bandar ini sudah berumur lebih 100 tahun.

[caption id="attachment_657556" align="alignleft" width="396"] Pemangku Pengurus Pembangunan Produk dan Pakej Tourism Selangor, S Renuga Devi ketika ditemui dalam program Meneroka Warisan Sejarah Klang oleh Tourism Selangor bersama media di Klang pada 13 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

“Sebenarnya banyak boleh diteroka di Klang. Kami sasarkan kehadiran ramai pelancong antarabangsa dan tempatan dan kita mahu memperkenalkan sejarah Klang kepada dunia,” katanya.

Terdahulu, beliau mengetuai program Meneroka Warisan Sejarah Klang bersama 50 pengamal media bermula di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.

Program berjalan kaki ke 11 lokasi yang memiliki nilai sejarah itu disempurnakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Datin Paduka Noraini Roslan.

Sementara itu, Noraini berkata program anjuran MBDK itu merupakan inisiatif pihaknya bagi menpromosi produk pelancongan di Klang sebagai langkah awal menyokong Tahun Melawat Selangor 2025.

“Bandar Klang merupakan antara bandar tertua di Malaysia, mempunyai banyak monumen sejarah serta tempat menarik dan unik yang berpotensi sebagai tarikan pelancongan.

“Pelancongan berteraskan warisan, budaya, gastronomi eko pelancongan, membeli-belah dan maritim adalah antara kategori pelancongan popular di Klang,” katanya.

Program Meneroka Warisan Sejarah Klang merupakan aktiviti berjalan kaki bersama pemandu pelancong terlatih bagi menyelusuri 11 perhentian bersejarah yang ditawarkan secara percuma kepada pelancong.

Antara lokasi terlibat adalah Chennai Silk, Kelab Diraja Klang, Istana Alam Shah, Masjid India, Balai Bomba Klang, Jalan Tengku Kelana, gereja dan Sekolah Kebangsaan Convent Klang.

[caption id="attachment_657557" align="aligncenter" width="1105"] Lawatan ke muzium di Balai Bomba Klang ketika program Meneroka Warisan Sejarah Klang oleh Tourism Selangor bersama media di Klang pada 13 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

 

[caption id="attachment_657558" align="aligncenter" width="988"] Media dibawa melawat Chennai Silk ketika program Meneroka Warisan Sejarah Klang oleh Tourism Selangor bersama media di Klang pada 13 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

 

[caption id="attachment_657566" align="aligncenter" width="1059"] Bangunan Kelab Diraja Klang turut dilawati ketika program Meneroka Warisan Sejarah Klang oleh Tourism Selangor bersama media di Klang pada 13 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

 

[caption id="attachment_657567" align="aligncenter" width="1143"] Datuk Bandar Klang Datin Paduka Noraini Roslan mengikat bunga Melor ketika program Meneroka Warisan Sejarah Klang oleh Tourism Selangor bersama media di Klang pada 13 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619