AGENDA

Tiga polis ditahan bantu siasatan komponen RX-Z hilang

9 Ogos 2024, 6:34 AM
Tiga polis ditahan bantu siasatan komponen RX-Z hilang

CHUKAI, 9 OGOS: Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan komponen motosikal jenis Yamaha RX-Z di stor barangan kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata suspek berusia antara 26 hingga 32 tahun.

Beliau berkata semua anggota terbabit ditahan selepas siasatan mendapati berlaku kehilangan komponen enjin motosikal di stor simpanan.

"Kami menjalankan siasatan sebelum menahan kesemua suspek untuk siasatan lanjut.

"Siasatan lanjut mendapati dua suspek memiliki motosikal jenis sama dan peminat tegar motosikal RX-Z," katanya, lapor Berita Harian.

Hanyan berkata, reman ke atas kesemua suspek berakhir hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang menyalahguna kuasa dan amanah yang diberikan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619